Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam : "Bacalah Al-Qur'an kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa'at kepada para ahlinya." (HR. Muslim)

Selasa, 9 Oktober 2012

SEHENING EMBUN SEBUTIR DOA

Assalammualaikum
Berkat usaha gigih semua yang terlibat, kini Maahad Integrasi Tahfizul Quran An Nasr (D'ITQAN) telah berpindah ke alamat No 1 & 2, Lot 1266, Batu 41 Jalan Banting - Dengkil, Kg Olak Lempit, 42700 Banting, Selangor pada awal bulan April 2012 yang lalu.

Tempat baru dengan suasana yang lebih selesa telah membuka ruang kedamaian kepada pelajar Maahad serta telah lebih menyerlahkan nama Maahad kepada umum.

Dengan ini kami ingin mempelawa lebih ramai lagi individu serta organisasi yang sudi menjadi 'KELUARGA BESAR D'ITQAN' untuk sama-sama kita seiring memangku niat murni melahirkan lebih ramai lagi para huffaz yang profesional. Semoga ianya mendapat keberkatan di dunia dan akhirat..amiin..

Rabu, 4 Januari 2012

Pendaftaran Online

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG, SECARA ONLINE !!!

Maahad Integrasi Tahfizul Quran An Nasr atau dikenali sebagai Maahad D'ITQAN, membuka pendaftaran pada tahun ini Program Tahfiz Sepenuh Masa melalui Online. Kemudahan ini disediakan terutamanya pada mereka yang tinggal jauh dari Maahad D'ITQAN.

Jangan lepaskan peluang ini!! Segera daftarkan anak anda di Maahad D'ITQAN. InsyaAllah kami akan berusaha membentuk insan yang berguna, bermanfaat untuk agama, masyarakat dan negara. Amiiin..
"Doa dipohon, hajat diberkati, silaturrahim tertaut..."


Klik Disini Untuk Memulai Pendaftaran