Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam : "Bacalah Al-Qur'an kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa'at kepada para ahlinya." (HR. Muslim)

Profail

Maahad Integrasi Tahfizul Quran An Nasr (D'ITQAN) diasaskan oleh Ustaz Muhammad Nasir bin Tambi Chek dengan hasrat untuk melahirkan lebih ramai lagi para penghafaz Al Quran yang profesional. Ini berbekalkan semangat serta pengalaman sebagai guru tahfiz serta Mudir Maahad  Tahfiz juga dengan dorongan dari guru-guru, keluarga dan sahabat-sahabat. Mempelajari Al Quran adalah jalan terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam usaha mendapat keberkatan  di dunia dan di akhirat

Maahad D'ITQAN menawarkan sistem pengajian hafazan Al Quran/tahfiz sepenuh masa di samping pengajian Hadith Nabawi, Kitab Turas serta Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Sistem Kurikulum D'ITQAN berdasarkan sistem pendidikan Islam dan hafazan Al Quran serta sukatan mata pelajaran Al-Azhar (JAIS)

Aktiviti ko-kurikulum juga mewarnai sistem pengajian Maahad D'ITQAN dengan aktiviti kelab. sukan, kemayarakatan serta teknik jati diri yang pelbagai olahan supaya pelajar di Maahad D'ITQAN dapat melengkapkan diri untuk menempuh masa depan dengan profesional.

Maahad D'ITQAN sentiasa berbesar hati menerima kunjungan silaturrahim..'semoga ukhwah yang tererat mengiringi perjalanan usia menuju syurga idaman hakiki'..amiin..