Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam : "Bacalah Al-Qur'an kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa'at kepada para ahlinya." (HR. Muslim)

Selasa, 9 Oktober 2012

SEHENING EMBUN SEBUTIR DOA

Assalammualaikum
Berkat usaha gigih semua yang terlibat, kini Maahad Integrasi Tahfizul Quran An Nasr (D'ITQAN) telah berpindah ke alamat No 1 & 2, Lot 1266, Batu 41 Jalan Banting - Dengkil, Kg Olak Lempit, 42700 Banting, Selangor pada awal bulan April 2012 yang lalu.

Tempat baru dengan suasana yang lebih selesa telah membuka ruang kedamaian kepada pelajar Maahad serta telah lebih menyerlahkan nama Maahad kepada umum.

Dengan ini kami ingin mempelawa lebih ramai lagi individu serta organisasi yang sudi menjadi 'KELUARGA BESAR D'ITQAN' untuk sama-sama kita seiring memangku niat murni melahirkan lebih ramai lagi para huffaz yang profesional. Semoga ianya mendapat keberkatan di dunia dan akhirat..amiin..